Saturday, August 14, 2010

Puasa Oh Puasa...


Puasa oh puasa... mcm2 gelagat sepanjang puasa nie. En. Suami ku pula, ngah ready ngan menu2 tuk sepanjang puasa ni. Lengkap dengan tarikh tuk balik kg lagi. Aduiii.... Letih bila tengok manu2 nie. Tapi nak tak nak kena wat gak. Lagipun klu aku yg tak masak sapa lg nak masak... kang ada org lain yg masakkan, poning den.. Tambah ahli family baru..(madu) hehehe.

Apa-apa hal pun... i still syg u.. tak kisah la msak bnyak mana pon, yg penting apa i nak u buleh kasi.. ahaks..!!! i love u en Samsul Tokimin....

Friday, August 6, 2010

Kelas Blog Pertama Dalam Hidup...

.. Detik jam 8.02 minit mlm, motoku meluncur laju ke PJK Bestari Jaya. Sbb mlm nie ada kelas Blog prtma dlm hidup.. Sebelum ni tak penah pon ngajar blog ni secara umum(satu class)..

Malang skali nasib nie, dah tiba di PJK, kunci PJk pulak tertinggal... adduuussss..!! bnci! benci..! kena patah balik gi ambik kunci.. dah la lambat, kunci tinggal pulak... apa buleh buatt.. dah nasib badan...

Then, da balik ambik kunci... semua dah sampai.. termasukla mereka-mereka yg ingin attent class... hihihihi, murid sampai dulu dr cikgu.. pa buleh wat.. cikgu zaman skrang..

Alhamdullilah, sepnjang kelas... semua khusyuk jer... n yg paling penting.. semua boleh wat blog sendiri..!!

Moral of story : cek dulu brang2 sebelum kuar mana2.. hihihihi

Ingin Memiliki Suami Sebegini

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

(My Lovely Husband)

Wednesday, August 4, 2010

...Kisah Aku DAn MOTO... aduuiiii...!!

....Detik jam 6.10 minit, aku bergerak dgn moto, dari Parit 16 Sg Panjang.... menuju ke Bestari Jaya melalui Felda Soeharto dan Felda Sunagi Tengi...

Tatkala tiba di Kg Belia (sudah 7 km bergerak) baru aku perasa
n, minyak moto dah hujung 'E'. waduh2.. poning pala... hari dah nak makin gelap nie... mcm mana ni.. stesyen minyak jauh lagi.. kat Felda Soeharto... Argghhh..!! Aku panik..!! (tapi dlm hati jela).. kat luar stady lagi duk rempit...
Kemudian, aku perlahankan moto.. slow jer
relax jer naik moto makan angin.. ngn harapan minyak ta
k cepat abeh dan aku sempat sampai ke stesyen minyak... FUhh.. saat yg mendebarkan.. lalu kat jalan hutan kelapa sawit... jalan penuh lalang... ada pulak kelibat monyet2 liar... takot dia serbu aku ja... nak pecut laju kang minyak abeh langsung.. huhuhu...hari lak makin nak gelap... samar2 jer... takutnya.. nak laju2 takot minyak cepat abeh pulak.. Dalam hati ni, duk berdoa, mohon perlindungan dariNya.. Aku ber serah dan TAWAKKAL jer..!!

Selepas 20 minit, bawka moto 50km/j (slow giler...klu monyet nak terkam aku pon sempat) Akhirnya....!! aku nmpak pintu gerbang felda soeharto... dan tengok sgnboard, [4km].. Aduii... lag 4 km... jalan pulak berbukit bukau... cukup ke ni minyak aku... kiri kanan hutan klapa sawit.. kang abeh tengah jalan... eeee...seram..!! takpela.. Tawakkal jela... bawak la moto pelan2... naik bukit... turun bukit... naik lagi... turun lagi... Pastu..!!!, aku nampak (BP)... senyum riang aku.. dah sampai stesye minayk.. apa lagi terus benti tuk isi minyak.. Akak tu tanya:
" Deq, nak isis brapa"
Jawab aku dgn kegembiraan ;
"Penoh kak..!!.. pnuh2 tau..!!

Pastu apa lagi.. hari dah nak maghrib... perjalanan maseh jauh... aku pecut sekuat hati (110 km.j jer.. moto aku tak leh lari laju2).. dan aku selmat tiba dirumah dengan
hati yang lega...

Moral of the story..??? "cek minyak dulu sebelum naik moto" hihihihihihi



My Miss Lagend
(dah setahun berkhidmat untukku)

Tuesday, August 3, 2010

Malam yg menyeramkan.....

...Hari nie, (Selasa, 2 Ogos 2010), aku terpaksa pulang ke kg mertua sbb nak ambil benda penting kat umah nun.. pas keje aku terus kuar menuju ke part 16 sg panjang.. Laluan ikut Felda sungai Tengi.. adusss.. jalan bengkang bengkok, tak rata dan berbukit bukau... tak sukanya sbb aku tak terer lagi nak drive kreta... Setelah hampir jam 7.15 mlm, baru aku tiba di rumah mertua dngn selmat...
Setelah selesai solat dan makan, detik jam 8.23 minit malam, aku pon bergerak pulang ke rumah.. sebelum pulang sempat aku menyium tangan mak mertua ku dan peluk cium dia sepenuh hati.. dia pon memesan pada ku, bawak kereta baik2... jaga diri elok2..

Selepas tu, aku pon bergerak.. jalan yg tak rata dan gelap gelita memaksa aku tuk guna lampu tinggi.. 2,3 kali berselisih dgn kereta . aku tukarkan ke lampu rendah.. pas tu aku naikkan baik lampunya... Tapi, nak dijadikan cerita, sampai satu selekoh, aku selisih dengan satu lagi kereta.. aku pon rendah kan lampu. Tap..!! GELAP GELITA...!!!. Ruapanya lampu rendah kreta ni dah rusak... terhoyong hayang aku bawak sbb nak jaga kreta takot kena bila time selisih.. Fuhhh semangat.. mujur tak de pape yg jadi... pas dah selisih tadi aku bukak balik lampu tinggi.. barula terang...

Sepanjang perjalanan aku mlm tu terpaksa pakai lampu tinggi jer.. bila selisih aku pakai lampu kecik.. at least kreta depn nampakla kreta aku... Mujur tak jadi pape kat aku... Allah lindungi diri ini sepanjang perjalanan... aku tiba dirumah tepat jam 9.30 mlm..

hmm... moral of the story..????

Monday, August 2, 2010

Haii semua....

Hari niee, tanggal 2 februari 2010.. baru buat blog...huhuhuu. sedeykan? ketinggalan cikit...